12 May 2017

NISFU SYAABAN 1438

Nisfu Syaaban di Perantauan

Jumaat, 12 Mei.

Log Kesyukuran

1. Alhamdulillah wa syukurillah Allah masih pinjamkan nyawa yang tiada galang ganti bila Allah tarik balik. Setiap yang hidup pasti akan mati. 2 hari lepas, Rabu 10 Mei. Sampai lagi satu berita kematian. Kematian nenek sahabat seperjuangan di Mesir ini. Salam takziah buat sahabat dan keluarganya. Seminggu sebelumnya, berita kematian seorang ahli keluarga yang mana saya sendiri tak berapa kenal. Salam takziah buat isteri, anak-anak dan cucu-cucu serta adik-beradik beliau.
Allahummafighlahum, warhamhum, wa'aafiahum, wa'fu'anhum.

2. Hari ni bangun awal alhamdulillah. Satu kenikmatan bila dapat bangun awal pada hari cuti.
Bukan nak kata hari-hari lain bangun lambat tapi hari terlebih awal. Alhamdulillah. Mungkin ada orang tak rasa bertuah bila bangun awal tapi saya rasa bertuah.

3. Bangun awal dapat makan awal ! Rezeki banyak kalau bangun pagi ni. Tak gitu?

4. Sempat tolong kawan selesaikan urusan dia. Ni pun besar tuah Allah nak bagi 'bahagiakan orang lain' di pagi hari.

5. Kemas bilik kasi nampak boom ! Bersih nampak karpetnya. Wuhuuuuu. Seronok !
Kebersihan tu kan sebahagian daripada iman.

Senaraikan kesyukuran ni sedikit sebanyak membantu saya dalam banyak benda. Diari ini adalah sesuatu yang nak di lihat kembali suatu hari nanti.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca coretan saya yang tak berapa menarik ni.

Assalamualaikum & selamat petang Mesir, Selamat malam Malaysia.

2213Jam Waktu Mesir

No comments:

Post a Comment