13 Sept 2017

PILIHAN HATI

"Bukan sekali tukar produk asbab mencari yang sesuai dan mampu mengurangkan masalah kulit."

Entri kali ni nak cerita pasal produk yang telah memikat dan menawan hati kita ni. Hehe. Bukan sahaja ada SET PENJAGAAN KULIT, malah ada SET KOSMETIK. 

Aini kenal produk ni masa bulan FEBRUARI 2016. Masa ni, Furaiha masih lagi baby; 4 bulan umur dia masa tu. Hanya ada set penjagaan kulit 3 step sahaja. Sesuai la dengan Aini yang memang jenis pemalas nak tepek macam-macam kat muka ni.  

Bukan tengok terus beli tau produk ni. Siap PM Emperor dan Boss Syarifah Furaiha tau untuk minta penerangan. Search dekat instagram, facebook segala tentang fungsi dan bahan dalam Furaiha ni.  Selepas 1 minggu baru decide nak beli. Alhamdulillah semakin hari semakin okay kulit. Bersyukur sangat dapat kenal produk HEBAT ni. 

Lepas tu kulit breakout teruk sebab adaptation process, jadi Aini decide untuk stop kejap penggunaan Furaiha bagi muka rest. Lepas tu mula pakai Furaiha balik bulan FEB 2017. Adaptation process yang berlaku pada Aini takde la teruk sangat pun, naik jerawat dekat bahagian kiri kanan rahang je. 

Bulan FEB 2017 ni, Furaiha dah start keluarkan koleksi penjagaan muka tambahan: Serum Luxurious Beauty, Aqua Cleanser dan Beauty Water.  Apa yang Aini pakai masa tu ialah, Set Trial dan Serum. Jerawat dan parut makin kurang setelah beberapa minggu. Bersyukur sangat. 

Tapi kulit berminyak masih menjadi masalah. Tak konsisten memang gitulah keputusannya kan. Hahaha. Sekarang Aini cuba untuk hari-hari konsisten beauty water + serum + krim malam untuk merawat kulit berminyak ni.

Tak minat sangat make up ni, tapi wajib ada Lipbalm Furaiha. Beli lipbalm dapat sekali liptint. Liptint ni buat base sebelum pakai lipcream & lipstick memang awesome sangat. Kelembapan bibir yang berganda. Selain tu, benda wajib yang perlu ada SS Cushion.

JULAI 2017 Aini sign up sebagai Ejen Furaiha, jadi jika sesiapa berminat boleh dapatkan produk Furaiha ni dengan Aini. Boleh Pm/Whatsapp untuk info produk dan order di +60139736904.

Terima kasih kerana sudi membaca ya.