24 Jul 2017

ALLERGIC TO DUST !

Hello ! Assalamualaikum.
Dah malam baru nak bereskan kerja. Petang tadi kononnya nak mengemas dan settlekan sebelum maghrib. Tinggal harapan bila habuk mula takeover muka dan badan. Lebih-lebih lagi hidung.

Simptom bermula dengan bersin dan gatal hidung. Sekarang dah malam ni dah mula rasa macam nak selsema. Excess mucus. Efek daripada allergy. Semoga selsema nya tak lama. 

Malam ni kena telan lagi ubat allergik. Tak sukanya la kena makan ubat. Dah start makan besok kena makan lagi, cukup seminggu baru berhenti. Hahaha. Jadi doktor kejap. Prescribe ubat sendiri. (Ubat tu dari GP kita ye, kita tolong letakkan hari je).

Esok pagi insyaaAllah kita nak menulis lagi. Kalau rajin la. Nak post pasal apa la. Bukan kreatif. Bukan rajin. Ni payah ni. 

Semoga semua kerja ni settle malam ni. Sebelum subuh kena tido ! Kalau tak pagi esok memang tak bangun sampai tengah hari.

Selamat malam. Enjoy your day.

20 Jul 2017

MURAH REZEKI

Log Kesyukuran

Sentiasa Allah murahkan rezeki kami, Alhamdulillah walillahilhamd.

1. makan hari ni. Terima kasih tuan rumah, Gee, Cheku adik beradik. Sedap ayam goreng berempah, ikan 3 rasa, sayur. Lama dah tak makan macam ni. Alfu syukran habibti 💖

2. Housemate cheq, Bella pula buat kek victoria sandwich. Omo naaaaaa, cheq sukaaaa !


Tapi sebenaqnya cheq kenyang sangat2 dah. Dan cheq ngantuk.

Log Kesyukuran harini walaupun pendek masih lagi bermakna. Luar negara bukan senang nak makan makanan yang sesuai dengan lidah ni kalau tak masak sendiri. 

Terima kasih kerana spare time baca post kita ni.

P/S: post ni ditulis sebelum puasa 1438. repost balik.

12 Jul 2017

O GIRL PLEASE LAH

Hai Assalamualaikum.

Mode membebel ON.

Kulit muka kita ni sensitif tau walaupun kulit awak bukan jenis sensitif terlebih. Please ye girls jaga kulit muka kita ni, taknak nanti menyesal di kemudian hari.

Kalau pencuci muka dah habis, dan awak nak tukar / cuba set penjagaan wajah. Minta tolong ye detoks dulu kulit wajah awak. Paling sekejap pun 3 hari la.

Detoks ni nak mengelakkan reaksi tindak balas teruk pada wajah kita disebabkan oleh bahan-bahan yang ada dalam pencuci muka tu. Kalau degil juga memang hmm saje je awak ni nak tengok healing crisis kat muka awak teruk kan?

Healing crisis ni apa pula? Ni proses penyembuhan kulit wajah lepas dah mula pakai pencuci muka baru. Ni sangat biasa terjadi bila bertukar dari pencuci muka yang bahan kimia merbahaya banyak kepada pencuci muka dari bahan organik. Takpun selalu jadi bila stop gunakan pencuci muka yang bahan kimia banyak.

Bukan nak takutkan korang, tapi kan girls, please la ye, tolong sangat-sangat, jaga muka, pilih skincare yang sesuai dengan wajah awak. Dermatologica, Cetaphil, Mary Kay, Mary Jardin, Nurraysa, New York Skin Solution, SKII, Furaiha.

Tak kisah lah apa pun, yang pasti masa nak change tu Detoks muka dulu, okay ?