24 May 2017

FURAIHA TREATMENT LIP CREAM


TREATMENT LIP CREAM (5ml)

Lip cream atau Lip Matte Furaiha ni mempunyai multiple function. Antaranya, mewarnakan bibir supaya bibir nampak lebih menyerlah dan juga melembapkan bibir. 

Bahan-bahan aktif yang ada dalam TLC Furaiha ni antaranya, Shea butter, argan oil, organic Marula oil dan vitamin E yang mana fungsinya adalah untuk melembapkan dan merawat bibir yang hitam. LipMatte Furaiha ni juga ada bau dan rasa vanilla. Ni dari pengalaman saya sendiri la. Rasa macam nak jilat bibir nya ha. Kalau terjilat pun takpa, selamat untuk dimakan. hehehe. 😋😋

Namapun Lip matte kan mestila dalam bentuk cecair. Ianya tak mudah dan tak susah nak tanggal tau. Lain pula kalau LipTint Furaiha, memang meresap terus masuk dalam bibir. Nanti kita buat posting lain kay pasal Liptint sebab dia ada kembar dia. 😉

Semua rangkaian produk Furaiha ni FREE from HARMFUL CHEMICAL termasuklah juga si TLC ni. No paraben, plumbum dan formaldehyde. Selamat nak pakai. Bibir takkan jadi hitam. Berjaga-jaga dan pilihlah lipstick atau lipmatte yang selamat. Harmful chemical yang ada dalam lipstick ni bukan sahaja boleh rosakkan bibir kita tau, malah boleh juga menyebabkan kanser dan merosakkan organ dalaman lain. SO, BEWARE !


Ada ke yang taktau macam mana nak pakai TLC / lipmatte ni? Sini kita share dengan awak ye, kalau bibir awak jenis kering dan merekah, boleh pakai lipbalm dulu sebelum sapu lipmatte, supaya bibir nampak smooth dan makin mungil gittewwww. hehe. Bagi yang bibir nya tak kering boleh terus pakai lipmatte. Dan takde halangan ye kalau cik/puan nak pakai lipbalm, boleh pakai takdak masalah.

Nak bersihkan pun senang juga, lap dengan make-up remover / lagi senang dan jimat, lap guna tisu yang dah di lembapkan dengan baby oil. TLC ni kena cuci sebelum berwudhu tau. Nak solat kena pastikan semua make up dan lipstick di remove, supaya rata wudhu kita dan terjamin solatnya sah. 

Okay, panjang dah kita bebel dalam post ni. Korang ada apa-apa nak tanya ke? Kalau ada boleh drop komen ataupunt terus whatsapp/call Aini di nombor +60139736904.

TLC ni comes in 6 color, 3 nude 3 bold.
3 nude : Butterscotch, Caramel, Bubble gum
3 bold : Victoria, Heart Breaker, Luna Bell


12 May 2017

NISFU SYAABAN 1438

Nisfu Syaaban di Perantauan

Jumaat, 12 Mei.

Log Kesyukuran

1. Alhamdulillah wa syukurillah Allah masih pinjamkan nyawa yang tiada galang ganti bila Allah tarik balik. Setiap yang hidup pasti akan mati. 2 hari lepas, Rabu 10 Mei. Sampai lagi satu berita kematian. Kematian nenek sahabat seperjuangan di Mesir ini. Salam takziah buat sahabat dan keluarganya. Seminggu sebelumnya, berita kematian seorang ahli keluarga yang mana saya sendiri tak berapa kenal. Salam takziah buat isteri, anak-anak dan cucu-cucu serta adik-beradik beliau.
Allahummafighlahum, warhamhum, wa'aafiahum, wa'fu'anhum.

2. Hari ni bangun awal alhamdulillah. Satu kenikmatan bila dapat bangun awal pada hari cuti.
Bukan nak kata hari-hari lain bangun lambat tapi hari terlebih awal. Alhamdulillah. Mungkin ada orang tak rasa bertuah bila bangun awal tapi saya rasa bertuah.

3. Bangun awal dapat makan awal ! Rezeki banyak kalau bangun pagi ni. Tak gitu?

4. Sempat tolong kawan selesaikan urusan dia. Ni pun besar tuah Allah nak bagi 'bahagiakan orang lain' di pagi hari.

5. Kemas bilik kasi nampak boom ! Bersih nampak karpetnya. Wuhuuuuu. Seronok !
Kebersihan tu kan sebahagian daripada iman.

Senaraikan kesyukuran ni sedikit sebanyak membantu saya dalam banyak benda. Diari ini adalah sesuatu yang nak di lihat kembali suatu hari nanti.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca coretan saya yang tak berapa menarik ni.

Assalamualaikum & selamat petang Mesir, Selamat malam Malaysia.

2213Jam Waktu Mesir

2 May 2017

TERUSKAN BELAJAR

Hai girls. What's up?

Masih lagi mengedit blog. Tengah figure it out macam mana nak susun pages. Aigooooooo, sepatutnya teruskan je menulis dan main blog ni sampai terer. Menyesal pulak kan.

Pengajaran yang diperoleh oleh diri sendiri hari ni,
Apa sahaja yang dah di pelajari, teruskan apply dalam kehidupan. Atau ilmu yang kita dah belajar tu hilang begitu sahaja. 

Yang masih belajar, teruskan belajar benda baru. Pepatah arab, tuntutlah dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Sampai macam tu sekali perumpamaannya kan, nak cakap pentingnya ilmu ni dalam kehidupan seharian.

Sekian.

Assalamualaikum. Jangan lupa jawab waalaikumussalam na. Doa ni.